Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

101  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1279.
Dari Anas r.a., katanya: Bapa kecilku Anas bin Nadr tidak ikut serta dalam peperangan Badr. Lalu ia berkata: "Hai Rasulullah! Saya tiada turut dalam permulaan perang waktu tuan memerangi orang musyrik. Kalau sekiranya Tuhan menghadirkan saya waktu memerangi orang musyrik itu tentu Tuhan akan melihat apa yang saya kerjakan", Dan setelah tiba hari peperangan Uhud dan orang Muslim mendapat kemenangan, Anas bin Nadr berkata: "Ya Allah! Saya minta 'uzur kepada Engkau dari hal yang dikerjakan mereka, yakni sahabat-sahabatnya, dan saya minta kepada Engkau terlepas dari hal yang dikerjakan mereka itu, yakni orang-orang musyrik. Kemudian ia tampil ke muka, lalu bertemu dengan Saad bin Muaz, Lalu ia berkata: "Hai Saad bin Muaz! Syurga, demi Tuhan! Sesungguhnya saya dapati baunya dari jurusan Uhud". Saad berkata: "Tiada saya sanggupi, hai Rasulullah, mengerjakan apa yang dikerjakannya itu", Anas berkata: Maka kami dapati pada Anas bin Nadr lebih dari lapan puluh bekas kena pedang atau tusukan lembing atau kena anak panah. Kami dapati ia telah dibunuh dan dicincang oleh orang-orang musyrik. Tiada seorang pun yang mengenalnya selain saudaranya yang perempuan, dengan memperhatikan jarinya. Anas berkata: Kami mengira ayat ini diturunkan berkenaan dengan hal itu dan yang serupa itu, iaitu ayat yang ertinya: "Di antara orang-orang mukmin ada beberapa orang laki-laki yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Tuhan sampai akhir ayat" (surat Al Ahzab. 23).

102  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0164.
Aisyah r.a., isteri Nabi saw. menceritakan: "Apabila Nabi saw. mandi junub, beliau mulai dengan mencuci kedua belah tangannya. Sesudah itu beliau berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian dimasukkannya anak jarinya ke dalam air dan digosok-gosoknya pangkal rambut kepalanya. Kemudian disiramkannya air tiga sauk dengan kedua belah tangannya ke kepalanya dan sesudah itu disiramnya seluruh tubuhnya."

103  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1538.
Dari Abdullah r.a., katanya: Kami mengira ayat-ayat (mukjizat) itu memberi keberkatan dan kamu mengiranya memberi ketakutan. Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan dan air hanya tinggal sedikit. Beliau bersabda: "Mintalah kelebihan air!" Mereka datang membawa bejana yang berisi sedikit air. Beliau memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu beliau bersabda: "Marilah datang air suci yang berkat! Dan keberkatan itu dari Tuhan!" Sesungguhnya saya lihat air keluar dari antara anak jari Rasulullah s.a.w. Kata Abdullah: Dan pernah juga mendengar tasbih makanan yang dimakan beliau.

104  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1536.
Dari Anas r.a. katanya: Dibawa kepada Nabi s.a.w. sebuah bejana, waktu beliau di Zaura. Lalu beliau letakkan tangannya dalam bejana itu. Maka terbitlah air dari antara anak jari beliau. Lalu orang banyak berwuduk. Qatadah berkata: Saya bertanya kepada Anas: "Berapa banyaknya kamu ketika itu?" Jawab Anas: "Tiga ratus atau kurang lebih tiga ratus".

105  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1834.
Dari Ibnu Abbas r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Ini dan ini sama." Maksudnya kelingking dan ibu jari sama kisasnya.

106  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0452.
Diceritakan oleh Muhammad bin Amr bin 'Atha' r.a., bahawasanya dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi saw., membicarakan darihal solat Nabi. Abu Humaid Saidi mengatakan, "Saya yang paling ingat di antara kamu akan solat Rasulullah Saw. Ketika takbir, ku lihat beliau mengangkat kedua belah tangannya sampai setentang dengan bidang kedua bahunya. Ketika rukuk, diletakkannya kedua tapak tangannya di atas lututnya, dan diratakannya punggungnya. Apabila beliau telah mengangkat kepala (bangkit) dari rukuk, beliau berdiri tegak, lurus, sehingga tulang punggung beliau kembali tegak lurus seperti biasa. Ketika sujud, diletakkannya kedua tapak tangannya (ke bumi), tetapi lengannya tidak diletakkan dan tidak pula dirapatkannya ke rusuk, dan ujung jari kakinya dihadapkannya ke kiblat. Apabila beliau duduk sesudah dua rakaat, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau mengulurkan tapak kakinya yang kiri ke sebelah kanan dan ditegakkannya tapak kakinya yang (kanan) dan beliau duduk di punggungnya.

107  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1434.
Dari Abu Mas'ud r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril turun (datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, dan saya solat bersama dia". Beliau hitung dengan jari beliau lima kali solat.

108  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1165.
Dari Khabbab r.a., katanya: Saya adalah seorang tukang besi di zaman jahiliah. 'Ash bin Wail berhutang kepada saya beberapa dirham. Saya datang kepadanya menagih hutang itu. Ia menjawab: "Saya tidak akan membayar hutang kepada mu sebelum engkau kafir dengan Muhammad." Saya berkata: "Tidak, demi Allah! Saya tidak akan kafir dengan Muhammad s.a.w., walaupun engkau dimatikan Tuhan lalu dihidupkannya kembali." Kata 'Ash: "Biarlah saya mati, kemudian dihidupkan kembali, lalu saya diberi harta dan anak, baru saya bayar hutang saya kepada mu." Maka turunlah ayat yang bererti: "Adakah engkau lihat orang yang engkar terhadap tanda kebesaran Kami tetapi kendati pun begitu, ia berkata: Saya telah pasti akan diberi harta dan anak." (Haryam, 77)

109  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1030.
Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya seorang wanita Ansar bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Bolehkah saya buatkan untuk Tuan sebuah bangku tempat duduk bagi Tuan? Kerana saya mempunyai seorang anak muda tukang kayu." Sabda Nabi saw., "Kalau anda mahu, silakan!" Kata wanita itu, "Maka saya buatkan sebuah mimbar untuk beliau. Pada hari Jumaat, Nabi saw. duduk di mimbar itu. Pohon kurma yang berada di samping beliau berkhutbah itu berteriak sehingga hampir belah. Nabi saw. turun, lalu beliau pegang pohon kurma itu dan mendakapnya". Pohon kurma itu pun menangis seperti tangisnya anak kecil yang didiamkan (ibunya). (Beliau mendakapnya) sampai kurma itu tenang. Sabda Nabi, "Ia menangis seperti itu, kerana mendengar apa-apanya dari zikir (pelajaran)."

110  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0267.
Dari Abdullah r.a. dari Nabi saw., sabdanya: "Barangsiapa masuk ke masjid atau ke pasar-pasar kita dengan membawa anak panah, hendaklah dipegangnya anak panah itu supaya tidak melukai orang muslim dengan perbuatannya itu."